• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Penjawat Awam Lebih Baik Jika BN Kekal Kerajaan

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.

Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.

“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH… ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya,” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di sini hari ini.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf di Masjid Kampung Padang Polo di sini hari ini, yang turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau seterusnya berterima kasih kepada pengundinya kerana menjadikan Parlimen Pekan sebagai kawasan kemenangan BN tertinggi pada PRU14 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah majoriti undi.

Katanya sebagai anggota Parlimen yang diberikan kepercayaan dan mandat pada pilihan raya lalu, beliau akan terus melunaskan tanggungjawab walaupun dirinya kini dalam kapasiti berbeza. – BERNAMA

Tags: BNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd