• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTUC Seru Pekerja Derma ‘Tabung Harapan Malaysia’

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru 14 juta pekerja di seluruh negara untuk menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan kerajaan, semalam.

Timbalan Setiausaha Agungnya, A. Balasubramaniam berkata kebanyakan pekerja menyokong tujuan itu atas dasar semangat patriotism bagi membantu meringankan beban hutang negara.

“Ini adalah inisiatif yang harus dipuji. Saya rasa ramai akan tampil sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan menghulur derma bagi membantu kerajaan mengurangkan hutang selepas pengumuman bahawa hutang negara mencecah RM1 trilion.

“Saya rasa ramai pekerja akan menyertai kempen menderma beramai-ramai ini dan membantu mengurangkan hutang bagi membina semula ekonomi negara,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata setakat 3 petang semalam, tabung itu berjaya mengumpul RM7.08 juta selepas kurang dari 24 jam ia dilancarkan.

Mengenai sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa hari ini, Balasubramaniam berkata MTUC telah berjuang untuk menghapuskan cukai itu sejak sekian lama.

“Pelaksanaan sifar GST ini bertepatan pada waktunya ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos hidup,” katanya. – BERNAMA

Tags: MTUCTabung Harapan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC

Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC

21/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan kerajaan mempertimbangkan supaya pelepasan cukai untuk bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd