• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC

oleh Mohd Arshad
21/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan kerajaan mempertimbangkan supaya pelepasan cukai untuk bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di seluruh negara, turut diperluaskan kepada pekerja di sektor swasta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor, berkata langkah itu bertujuan untuk menjamin tidak wujud situasi dwi-standard dalam pemberian pelepasan sama antara kepada kakitangan awam atau swasta.

Beliau mengakui, pelepasan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan ke Sarawak semalam sebagai suatu langkah wajar dalam memahami kepayahan dihadapi pekerja, namun ia wajar diperluaskan kepada semua pekerja tidak kira di sektor swasta atau awam.

“MTUC melihat perkara ini (memperluas pelepasan cukai untuk bantuan khas kepada pekerja sektor swasta) sebagai satu langkah kecil daripada kerajaan, namun memberi kesan besar kepada pekerja.

“Dengan ini, tiada lagi soal (layanan) ‘double standard’ kerajaan antara penjawat awam dan swasta,” katanya kepada BH.

Semalam, Anwar mengumumkan bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam di semua negeri akan dikecualikan cukai.

Terdahulu, beliau berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, mengusulkan perkara itu kepadanya bagi kakitangan awam negeri berkenaan pada mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, pelepasan cukai itu membolehkan pekerja membelanjakan wang untuk merancakkan ekonomi negara.

“Bonus adalah penghargaan majikan kepada pekerja dan ia amat dinantikan setiap tahun oleh pekerja yang berdepan kepayahan yang berkhidmat di pelbagai sektor dan industri dalam negara

“Jadi adalah wajar bagi kerajaan memberi pelepasan cukai untuk mengiktiraf sumbangan pekerja ini,” katanya.

Pada Disember lalu, kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM700 kepada penjawat awam pada 2023.

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, kumpulan profesional dan pengurusan serta kumpulan sokongan yang gred 56 ke bawah akan menerima bantuan berkenaan.

Selain itu, pemandu peribadi ahli pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman dan mereka yang bekerja di bawah program MyStep akan turut menerimanya.

-Berita Harian

Tags: MTUCPekerja SwastaPelepasan Cukai Bantuan Khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MITI Kaji Laksana Semula Rundingan FTA Malaysia-EU

Next Post

Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Cedera

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

Gaji RM2,700 Tak Jadikan Syarikat Bankrap

30/06/2020
0

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencabar Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membuktikan dakwaannya mengatakan banyak perniagaan akan gulung tikar jika gaji...

Next Post
Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Cedera

Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd