• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Bertanding Jawatan Timbalan Presiden UMNO

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti 30 Jun ini.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata tujuannya bertanding kerana mahu mengembalikan semula semangat anggota-anggota UMNO yang hilang berikutan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

“Saya harap niat saya menawarkan diri tidak disalah tafsir. Niat saya semata-mata hanya untuk berbakti kepada parti, masyarakat dan negara serta supaya parti ini tidak hilang daripada radar dalam negara.

“Saya harap saya dapat memainkan peranan membantu presiden mengembalikan semula semangat juang dan peranan UMNO dalam politik tanah air,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti), di sini hari ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata jika diberi mandat oleh anggota parti, beliau bersama-sama rakan-rakan dalam Majlis Tertingi akan berusaha memperkasa semula UMNO.

“Kita nak satu UMNO baharu yang semangat juangnya tinggi dan mereka yang bersama UMNO pula bukan semata-mata kerana imbuhan atau ada agenda tertentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd