Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nenek Rendam Muka Cucu...

BANDUNG - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menanggung derita apabila wajahnya melecur 100 peratus...

‘Keluar PAS Bukan Keluar...

MENJELANG  penubuhan secara rasmi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dikenali sebagai Parti...

Laksanakan Audit Dalaman Elak...

CYBERJAYA - Audit dalaman perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakkan penyalahgunaan dana dan...

TMJ Perlu Disokong Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim perlu disokong dan...

Mira Selesa Berkawan, Zizan Mahu Kahwin Tahun Depan

SEBELUM ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak pernah menghadapi situasi di mana cinta yang dibina selama dua tahun bersama bekas kekasih, Emma Maembong putus di tengah jalan.

Baca: Zizan Razak, Mira Filzah Kini Semakin Intim?

Tetapi kini, Zizan mula mencari ‘bunga’ baru yang dilihat bakal menjadi pasangan hiudpnya tidak lama lagi tetapi identiti gadis bertuah itu tetap menjadi rahsia.

“Saya tahu anda semua sudah tahu cuma saya tidak akan sebut,” kata Zizan kepada portal Harian Metro.

Bagi Zizan, dia sendiri berasa lebih selesa untuk merahsiakan identiti gadis itu kerana mereka masih lagi dalam proses perkenalan

“Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.

“Insya-Allah saya akan kongsikan apabila sudah tiba masanya nanti,” tambahnya lagi.

Menurut Zizan, dia telah meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Namun, ia semua masih lagi dalam perancangan kerana dia percaya apa yang berlaku merupakan atas izin daripada-Nya.

“Ini kerana ada beberapa perkara yang saya nak tapi ada yang tak dapat. Begitu juga dengan perubahan kerajaan baru berlaku dengan izin Allah. Malah perceraian juga berlaku kerana IzinNya walaupun Allah tidak suka

“Jadi saya percaya setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. Saya tidak terburu-buru soal ini sebaliknya berserah kepada takdir Ilahi,” ujarnya.


Dalam masa yang sama, pelakon Mira Filzah yang sering dikaitkan dengan Zizan turut memberitahu bahawa pelawak itu merupakan antara kawan lelaki yang rapat dengannya sehingga membuatkan dia berasa selesa untuk berkawan dengan pelakon filem Polis Evo itu.

Juga: Mira Filzah Mengaku Rapat Dengan Zizan Razak

Bagaimanapun, Mira enggan berkongsi dengan lebih dalam tentang hubungan mereka dan sekadar menyifatkan mereka berkawan kerana berasa senang bergaul bersama.

“Berkawanlah… Masih berkawan sampai sekarang dan saya selesa dengan dia.

“Tidak ada ciri-ciri spesifik kenapa kami masih berkawan cuma apa yang boleh saya katakan saya senang nak bergaul dengan dia,” kata Mira dipetik daripada portal Astro Gempak.

Sebelum ini, ada desas desus mengatakan kononnya Mira dan Zizan menjalinkan hubungan cinta dalam diam kerana tidak mahu ia diketahui oleh umum.

Tetapi mereka menafikan dan hanya mengakui saling berkawan sahaja walaupun kelihatan sangat mesra selepas bergandingan dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta dan Jula Juli Bintang Putus Cinta sekitar tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori