• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Perwakilan UMNO, Pemilihan Sayap Bermula

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat perwakilan dan pemilihan untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di kesemua 191 bahagian pada 9 pagi Sabtu.

Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat menerusi dua kertas undi berbeza dalam mesyuarat berasingan yang akan berlangsung pada sebelah pagi.

Kertas undi pertama adalah untuk pemilihan ketua, naib ketua dan 15 exco sayap peringkat bahagian manakala satu lagi kertas undi untuk memilih kepimpinan sayap pusat bagi jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan 25 exco sayap.

Bagi sayap Pergerakan Wanita UMNO, seramai tiga tokoh layak bertanding untuk jawatan Ketua Wanita, iaitu Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun sementara empat lagi dicalonkan bagi Naib Ketua Wanita.

Seramai 81 calon bertanding untuk jawatankuasa, dua calon bagi jawatan Pengerusi Tetap Wanita, manakala empat lagi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, seramai 207 calon bertanding dengan pecahan dua Pengerusi Tetap, tiga Timbalan Pengerusi Tetap, sembilan bagi jawatan Ketua Pemuda dan sembilan lagi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda manakala selebihnya adalah calon untuk jawatankuasanya.

Sembilan individu disenaraikan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda termasuk Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun; anggota Majlis Tertinggi, Datuk Dr. Asyraf Wadji Dusuki; Ketua Pemuda Pahang, Mohd Shahar Abdullah serta Ketua Bahagian Sungai Besar yang kontroversi Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Bagi jawatan Ketua Puteri pula menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan dan exco Puteri, Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Seramai lima calon lain akan merebut jawatan Naib Ketua, 71 calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan Pengerusi Tetap.

Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi Salbiah Saari selepas muncul sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut. – BERNAMA/HAA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd