• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kewangan Akan Ke China, Singapura

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion adalah antara topik yang bakal dibincangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam lawatan pertama beliau ke China, tidak lama lagi.

Selain itu, beliau beserta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook akan turut ke Singapura bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Mengulas lawatan ke China, Lim berkata kunjungan hormat yang dibuat susulan kejayaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, bukan sekadar membabitkan perbincangan mengenai projek saluran paip gas dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebaliknya turut menyentuh perspektif hubungan dua hala secara meluas.

“Kita perlu memutuskan masa (lawatan) yang tepat kerana kini menghampiri sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Namun inilah perkara pertama yang akan kita lakukan selepas berakhirnya cuti Hari Raya itu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama pada Jumaat.

Selepas dilantik menerajui kementerian itu, Lim turut mendedahkan projek meragukan itu yang dibongkar menerusi ‘fail merah.’

Projek itu dimeterai oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SSER yang merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, ditubuhkan pada 19 Mei, 2016 dengan matlamat khusus untuk mengendalikan projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Pembayaran projek terbabit adalah berdasarkan tempoh dan bukan kemajuan kerja yang progresif dan menyebabkan RM8.3 bilion atau 88 peratus daripada nilai keseluruhan projek dibayar walaupun hanya 13 peratus siap dilaksanakan.

Susulan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Lim dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke China untuk berbincang dengan pihak yang terbabit dalam projek MPP dan TSGP itu.

Ditanya sama ada delegasi Malaysia itu akan turut membincangkan ECRL, Lim berkata : “Itu adalah antara isu yang akan dibincangkan.

“Malah, kita akan melakukan perkara serupa dengan Singapura. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan saya sendiri akan ke Singapura untuk berbincang dengan rakan di sana mengenai projek HSR yang membabitkan kedua-dua negara.

“Kita percaya Singapura mahukan negara jiran yang berjaya. Ini kerana jika jirannya berjaya, saya yakin ini akan turut memberi manfaat kepada republik itu yang sememangnya rapat dengan kita sejak sekian lama.

“Oleh itu, saya percaya Singapura juga mahu menemui kita,” katanya

Pembatalan projek HSR itu adalah antara perkara pertama yang dilakukan oleh Dr Mahathir sewaktu pembentukan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Menurut Dr Mahathir, projek tersebut membabitkan perbelanjaan besar sedangkan negara tidak mendapat keuntungan kerana hanya membabitkan trek yang pendek.

Susulan pembatalan itu, Malaysia berkemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd