• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marc Marquez Masih Setia Dengan MotoGP

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENNA – Juara dunia MotoGP empat kali Marc Marquez memandu kereta Formula Satu buat kali pertama di Red Bull Ring, Austria semalam namun menegaskan fokusnya masih kepada perlumbaan motosikal sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Penunggang Repsol Honda itu yang mendapat khidmat nasihat bekas pemandu Red Bull, Mark Webber dan disaksikan bekas juara tiga kali Niki Lauda, memandu kereta Toro Rosso dengan jentera V8 pada sesi ujian itu.

“Fokus utama saya dalam tempoh beberapa tahun ini akan kekal di MotoGP,” kata pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu yang pasukannya turut ditaja Red Bull.

“Saya adalah sebahagian daripada pasukan hebat dan saya sungguh bermotivasi. Siapa tahu Formula Satu mungkin satu idea yang serius buat saya beberapa tahun lagi.”

Marquez memimpin kejuaraan MotoGP biarpun gagal meraih mata di Mugello, Itali hujung minggu lalu selepas terbabas ketika memburu tangga kedua.

Perunding sukan permotoran Red Bull, Helmut Marko membayangkan Marquez mungkin akan ke F1 satu hari nanti.

Mendiang John Surtees kekal individu yang meraih gelaran dunia dalam perlumbaan dua dan empat roda manakala rakan senegaranya dari Britain, Mike Hailwood turut berjaya dalam kedua-dua perlumbaan.

Bintang MotoGP Itali, Valentino Rossi turut menguji jentera Ferrari sebelum ini manakala pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo, juara MotoGP tiga kali pernah memandu Mercedes.

Juara F1 dunia dua kali Fernando Alonso, yang kini mewakili McLaren turut menguji motosikal Honda Marquez edisi 2015.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, dia akan memecah lebih banyak rekod dalam MotoGP. Mungkin selepas itu tidak mustahil untuknya menyertai F1,” kata Marko mengenai Marquez.

“Hingga kini, hanya segelintir pelumba berbakat istimewa seperti John Surtees, yang bertanding dalam kedua-dua siri perlumbaan. Marc juga ada kemampuan. Jelas sekali hari ini bukan kali terakhir dia berada dalam kereta F1.” – Reuters

Tags: marc marquezMotoGP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Utusan: Bernama ‘Aneh’, Kami Tak Rasis

Next Post

Tokoh Politik India Akhirnya Didakwa Atas Kematian Isteri

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

Next Post

Tokoh Politik India Akhirnya Didakwa Atas Kematian Isteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd