• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan: Bernama ‘Aneh’, Kami Tak Rasis

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UTUSAN Malaysia menyifatkan tindakan agensi berita nasional Bernama melaporkan kenyataan dua bekas ketua pengarang kumpulan akhbar itu yang membidas mereka sebagai “aneh”.

Pengarang kanan Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar berkata tuduhan rasis yang dilemparkan kerana melaporkan isu pelantikan peguam negara juga “boleh dianggap keterlaluan”.

Katanya, laporan sama, termasuk yang mempersoalkannya, turut disiarkan media lain.

“Soalnya, kenapakah Utusan Malaysia sahaja menjadi sasaran? Apakah agenda kedua-dua tokoh wartawan berkenaan?” soalnya.

Dalam kenyataan keras semalam, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar berkata Utusan masih terperangkap dalam “kepompong sempit dan penuh prasangka” serta menampakkan pendirian rasis.

Mereka mendakwa Utusan bermain api dengan cuba menyemarakkan sentimen kebencian dan keresahan orang Melayu serta orang Islam mengenai pelantikan seorang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai peguam negara.

Cara Utusan Malaysia, menurut mereka, memberikan gambaran seolah-olah Islam dan kepentingan Melayu akan terjejas dengan pelantikan peguam kanan Tommy Thomas.

Dalam “analisis” di akhbar itu hari ini, Zulkiflee juga membangkitkan “era baru kebebasan media” yang membolehkan pelbagai pendapat disiarkan asalkan berdasar hujah dan fakta.

“Apakah oleh kerana kita berada di alam Malaysia baharu maka soal kepentingan orang Melayu sudah dianggap tidak lagi relevan untuk dibicarakan?” soalnya.

“Bagaimana pula dengan portal berita dan akhbar tertentu yang sebelum ini turut dilihat rasis dalam laporan mereka?

“Kenapa mereka tidak dibidas atau dikritik apatah lagi dituduh rasis seperti mana dialami oleh Utusan?”

Zulkiflee menegaskan melangkah ke era baru tidak bermakna Utusan perlu berundur meninggalkan “perjuangan demi membela orang Melayu dan Islam serta menghormati kepentingan kaum lain”.

“Sememangnya perjuangan tersebut akan diteruskan kerana ia bersesuaian dengan sikap terbuka kerajaan hari ini.

“Namun begitu perjuangan tersebut akan dilakukan secara berhemah dan rasional bukannya seperti mana tulisan-tulisan dalam laman sosial seperti Twitter yang menyerang Utusan penuh emosi dan dangkal,” katanya. – Malaysiakini

Tags: BernamaUtusan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

26/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia...

Senator Ras Adiba Pengerusi Baharu Bernama

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Senator Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd