Sample Page Title

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah sebarang usaha untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaliknya mahu jabatan itu terus diperkasakan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sejak kewujudannya pada 1997, JAKIM banyak membantu melaksanakan gerak kerja dan langkah bagi memajukan Islam di Malaysia, selain menyelaraskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“JAKIM yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sangat diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab merancang, melaksanakan, menilai dan memajukan pembangunan agama Islam dalam negara.

“JAKIM diperlukan demi mencapai keseragaman dalam pentadbiran perundangan Islam, sekali gus mengembangkan penerapan Islam dalam aspek pembangunan negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat semula peranan JAKIM dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan JAKIM.

Mohd Azmi berkata JAKIM juga perlu menyemak fungsi dan prestasi bahagian-bahagiannya supaya tidak timbul sebarang pembaziran sumber, meningkatkan pengurusan dan penggunaan dana serta memastikan tiada ketirisan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Jakim

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...