• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Penasihat Presiden UMNO Perlu Wujud

oleh
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi pandangan supaya UMNO tubuhkan satu Majlis Penasihat Presiden yang dianggotai oleh veteran parti itu.

Lapor akhbar tempatan, penubuhan cabang tersebut di dalam parti bertujuan membuka jalan kepada Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengisi kekosongan jawatan nombor satu parti itu.

Armand Azha menganggap veteran UMNO mempunyai pengalaman yang luas dalam parti tersebut dan sangat baik jika pandangan dan idea mereka dapat diterima bagi mengukuhkan parti.

“Lebih baik ada satu pelan cadangan wujudkan Majlis Penasihat Presiden UMNO yang dianggotai Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa senior parti bertindak sebagai penasihat presiden.

“Buat masa ini kita berikan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO untuk mengadakan rundingan dan memastikan parti agar tidak terus retak dan berpecah. Jika ini berlaku, saya yakin UMNO akan terus kukuh dengan wujudnya majlis tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Armand Azha, Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li mendapat sokongan dan dokongan dari ahli parti tersebut bagi mengisi kerusi Presiden UMNO.

“Kedua-dua mereka amat penting dalam UMNO bagi proses pengukuhan parti. Ahmad Zahid mempunyai kekuatan akar umbi manakala Ku Li mempunyai kekuatan daripada segi pengalaman dalam UMNO.

“Ini dua perkara yang amat penting bagi UMNO untuk bangkit daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Dikala ini UMNO tidak boleh kehilangan salah seorang daripada mereka demi memastikan kekuatan parti disemua peringkat baik dalam mahupun luar,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Armand AzhaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd