• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Akan Didakwa Jika Terus Upah PATI

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majikan akan segera didakwa jika terus melanggar undang-undang dengan mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Menteri Sumber Manusia M.Kulasegaran.

Beliau berkata kementerian itu menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menguatkuasakan langkah itu selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap majikan yang degil di seluruh negara.

“Anda sedia maklum yang 72 jam lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) telah pergi ke suatu tempat di Jalan Petaling. Anda tahu betapa seriusnya masalah ini dan kami memang mahu mengatasinya.

“Tidak lama lagi, ramai majikan yang akan didakwa kerana melakukan kesalahan itu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Pada 31 Mei lepas, Muhyiddin berkata bahawa Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Rehiring akan ditamatkan pada 30 Jun ini.

Menerusi program itu, yang dilaksanakan pada 16 Feb 2016, PATI diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan Kementerian Sumber Manusia adalah pelaksanaan penguatkuasaan yang teliti dan sifar rasuah, Kulasegaran berkata kementerian itu mahu undang-undang negara dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan tegas terhadap semua orang di negara ini.

“Sekiranya ada penguatkuasaan yang baik, maka, tiada siapa yang akan membuat aduan. Saya telah meminta pegawai kementerian memberi laporan mingguan mengenai perkara ini kepada saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kulasegaran berkata kerajaan menggalakkan lebih ramai pemandu teksi mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana mereka lebih terdedah kepada kemalangan.

“Malangnya, daripada kira-kira 90,000 pemandu teksi di negara ini, hanya 3,787 orang yang mencarum (kepada Perkeso). Kami mahu jumlah ini ditambah bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya ditimpa kemalangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: M Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Dengar Jeritan Di Bilik 04-10 UPNM” – Saksi

Next Post

KWSP Suri Rumah Tetap Dilaksana – TPM

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

Next Post

KWSP Suri Rumah Tetap Dilaksana - TPM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd