• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Suri Rumah Tetap Dilaksana – TPM

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberikan jaminan bahawa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah akan dilaksanakan walaupun kerajaan berdepan cabaran untuk menyediakan dana.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan akan sedaya upaya berusaha menyelesaikan isu dana itu bagi membolehkan caruman tersebut dilaksanakan.

Dr. Wan Azizah berkata beliau telah berbincang mengenai dana itu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

“Saya mendapat jaminan (mengenainya) daripada Menteri Kewangan dan Insya-Allah, kita akan sedaya upaya berusaha untuk selesaikan masalah ini,” katanya ketika berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Kesihatan, Dr. Zulkefly Ahmad; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Dr. Wan Azizah berkata kerajaan sekarang menghadapi cabaran yang sukar kerana mewarisi pentadbiran yang menanggung beban hutang yang besar.

“Tugas membela rakyat akan menjadi lebih sukar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sememangnya komited dan sedang menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan bagi meringankan beban hidup rakyat.

“Kerajaan prihatin dengan keluhan dan kesulitan rakyat dalam mendepani cabaran hidup masa kini,” kata beliau.

Antara janji kerajaan yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat termasuklah usaha untuk mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan, meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak dan melaksanakan caruman KWSP untuk suri rumah.

Kerajaan juga berjanji untuk membela nasib golongan orang kurang upaya, memerangi jenayah dan gejala sosial, mendukung keutuhan institusi keluarga dan kejiranan serta memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial, kata beliau.

Pada majlis itu, Dr. Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasar kementerian dan berbuka puasa bersama-sama hadirin.

Kumpulan sasar berkenaan ialah wanita terutamanya ibu tunggal, kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang papa, pertubuhan bukan kerajaan dan mangsa bencana. — BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd