• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: Selangor Atasi PKNS FC 2-1

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan Liga Super ‘adik-abang’ antara Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) berkesudahan dengan skuad Gergasi Merah menang tipis 2-1 pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Selangor terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ketujuh selepas penyerang dari Sepanyol Rufino Segovia berjaya menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Shahril Sa’ari.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Datuk K. Rajagobal kembali memperkemaskan corak permainan dan Mohd Safee Mohd Sali berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 hasil rembatan deras dari luar kotak penalti untuk kedudukan terikat 1-1 pada masa rehat.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Selangor lebih bijak menghidu peluang apabila perancang dari Indonesia, Evan Dimas Darmono meledak gol kedua pada minit ke-60.

Jaringan Evan itu memastikan Selangor mengutip tiga mata penuh dan berjaya melonjak dua anak tangga ke kedudukan lapan liga dengan mengumpul 17 mata, manakala PKNS FC kekal di tempat keenam dengan 19 mata.

Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, pasukan tuan rumah Negeri Sembilan sekadar seri 1-1 menentang Perak.

Gol skuad The Bos Gaurus dijaringkan Gilmar Jose Da Silva pada minit ke-71, manakala jaringan penyamaan Negeri Sembilan disempurnakan N.Thanabalan pada minit akhir permainan.

Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan masih berada dalam zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan, dengan mengumpul 12 mata manakala Perak jatuh ke tangga ketiga liga dengan 24 mata. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd