• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: Negeri Sembilan Tewaskan PKNS 3-1

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super setelah menewaskan kelab PKNS FC 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan Skuad Rusa naik satu anak tangga ke kedudukan ke-11 liga dengan kutipan 11 mata setelah beraksi dalam 13 perlawanan setakat ini.

Pada aksi di Paroi, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior pada minit ke-35.

Pengadil perlawanan Suhaizi Shukri memberikan sepakan penalti berkenaan setelah percubaan pemain Negeri Sembilan terkena tangan pasukan pelawat K. Gurusamy dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung ke babak kedua, pasukan tuan rumah kembali menggandakan asakan dan Flavio berjaya mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-61 menerusi sepakan penalti setelah bola terkena tangan Kapten PKNS FC, Zachary Michael Anderson.

Pemain gantian, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir terus menambah derita pasukan PKNS FC apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68 setelah memanfaatkan hantaran lintang Mohd Aizulridzwan Razali.

PKNS FC berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi pemain import dari Colombia, Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke-72 dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Penjaring:

Negeri Sembilan:Flavio Beck Junior (minit ke-35 dan ke-61), Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (minit ke-68).

PKNS FC:Romel Morales (minit ke-72) – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd