• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tinggal Wasiat Tanam Mayat Dalam Kereta

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penduduk yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta pada Isnin lalu.

Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, lapor media tempatan Kankan News.

Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila meninggal dunia, menurut laman berita Sohu pada Rabu.

Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.

Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.

Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.

“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.

“Dia minat kereta sejak kecil.”

Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.

“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.

“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”

Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. – South China Morning Post

Tags: keretatanam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd