Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

3 Faktor Boleh Sebabkan...

PITAS - Tiga faktor - kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin...

TLDM Hantar 45 Tan...

KOTA KINABALU - Kapal Diraja (KD) Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)...

Boko Haram Makin Bermaharajalela...

ABUJA, Nigeria – Kumpulan militan Boko Haram menculik sekurang-kurangnya 80 orang dalam satu...

Dutch Lady Henti Pengeluaran...

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi...

Lelaki Myanmar Maut Dibunuh Rakan Senegara

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di asrama kilang mereka bekerja di Jalan Bukit Tambun, Juru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sai Ko Ko, lewat 20-an, dipercayai bergaduh dengan rakannya ketika mereka sedang minum bersama di asrama berkenaan.

“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka dan suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali pada bahagian dada sebelum lelaki itu mati di tempat kejadian.

“Suspek kemudiannya meninggalkan mayat mangsa dan melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang juga warga Myanmar bagi mengelak ditahan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama kilang itu berjaya merakam kejadian pergaduhan berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tiada sebarang dokumen perjalanan diri dan permit kerja untuk bekerja di kilang itu dan mereka telah bekerja di situ sejak dua bulan lepas.

“Berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki Nepal berumur 30-an yang bekerja sebagai operator kilang di situ dan dipercayai berada di asrama berkenaan ketika pergaduhan tersebut,” katanya.


Beliau berkata selain itu, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan yang juga pengarah kilang terbabit serta dua wanita yang bekerja di bahagian sumber manusia syarikat tersebut bagi membantu siasatan.

Katanya usaha mengesan suspek yang melarikan diri bersama rakannya itu giat dijalankan dan polis percaya mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.

“Enam individu yang berumur 30 hingga 58 tahun itu direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori