• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bunuh Teman Wanita Macam Potong Ayam

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang lelaki disyaki membunuh dan mengerat teman wanitanya kepada 14 bahagian minggu lalu kerana cemburu mangsa mahu kembali ke pangkuan bekas suami.

Beg galas mengandungi kepala wanita itu, selain dua guni dengan bahagian badan lain ditemui dalam semak di Khlong Sam Wa, Sabtu lalu. Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Laksana Kamlungkeng, 26.

Teman lelakinya Thanakrit ‘Wut’ Prakob, 25, ditahan beberapa jam kemudian. Kedua-duanya dilaporkan bekerja di syarikat sama dan Thanakrit yang pernah menjadi tukang potong ayam di sebuah kilang sebelum ini mengaku melakukan kesalahan itu.

Menurut Ketua Biro Polis Metropolitan, Leftenan Jeneral Charnthep Saesawet, Laksana memutuskan hubungan dengan Thanakrit dan kembali ke kediaman dikongsi bersamanya pada 12 Jun lalu kerana mahu berpindah semula ke rumah bekas suaminya.

“Namun suspek membunuhnya menggunakan tukul sebelum menutup mayat mangsa dengan kain dan keluar bekerja keesokannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sebaik pulang daripada bekerja, dia terus memotong mayat mangsa kepada 14 bahagian sebelum diasingkan dalam tiga beg dan dibuang di lokasi berbeza,” katanya.

Bangkok Post melaporkan rakaman kamera litar keselamatan tertutup bangunan apartmen mereka menunjukkan suspek dan mangsa masuk ke bilik sewa mereka bersama, namun cuma Thanakrit keluar dari situ. Dua hari kemudian dia dilihat keluar dari bilik itu membawa beberapa beg.

Sementara itu, bapa saudara Laksana, Somkid Jaemung berkata, wanita itu mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suami. Dia dan Thanakrit bercinta kira-kira dua tahun, malah pernah memperkenalkan kekasih barunya itu kepada keluarga.

Menurut polis, Thanakrit tidak melarikan diri selepas membunuh mangsa kerana begitu yakin mayatnya tidak mungkin dapat dikenal pasti.

Menurut portal khaosodenglish.com, dia turut menaikkan beberapa kenyataan di Facebook untuk mengaburi mata semua orang kononnya ada berhubung dengan Laksana padahal wanita itu sudah mati, selain mengongsikan berita penemuan mayat mangsa selepas berita itu tersebar. – Agensi/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuhkekasih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd