• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lakon Watak Gemuk, Puteri Habis 3 Jam Untuk Solek

oleh
12/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI seorang pelakon bukanlah mudah lebih-lebih lagi apabila terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi fizikal demi menjayakan lakonan berkenaan.

Bagi Puteri Aishah Sulaiman, dia terpaksa menahan gatal serta badannya turut telah melecet demi menjayakan watak sebagai seorang wanita gemuk dengan mengenakan kostum silikon dalam drama Terima Aku Seadanya.

“Lebih 80 peratus babak menampilkan saya sebagai wanita dengan berat badan lebih 90 kilogram. Karakter itu pada asalnya berat badan ideal, tetapi fizikalnya berubah selepas ditinggalkan kekasih.

“Bukan sekadar menyarung kostum silikon, dalam satu babak, saya perlu sarung baju tebal yang sering dipakai pada musim sejuk supaya badan kelihatan lebih besar,” kata Puteri ketika ditemui BH Online.

Dalam masa yang sama, untuk proses solekan pula Puteri perlu menghabiskan masa selama tiga jam ditambah pula setiap hari dia perlu menghadapi cabaran sedemikian sepanjang 12 jam penggambaran.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Puteri sering kali keluar daripada rumah selepas sahur bagi memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya walaupun penggambaran bermula pada jam 11 pagi.

“Saya tidak kisah menunggu dalam kereta. Dapat juga saya melepaskan lelah dan membuat persediaan sebelum mula bersolek pada jam 7 pagi.

“Penat, namun saya puas kerana drama ini banyak menguji kemampuan saya,” ujarnya lagi.

Drama berkenaan turut merupakan gandingan pertama kali antara Puteri dan Nazim Othman. Sesi penggambaran bagi drama bersiri 20 episod siaran ntv7 itu bakal selesai sehari sebelum Aidilfitri nanti.

“Selain penggambaran drama ini, saya juga terbabit dalam promosi Pulang selain menjayakan kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) sepanjang Ramadan ini,” tambahnya lagi.

Seperti setiap tahun, Puteri bakal meraikan Aidilfitri di Negeri Sembilan iaitu kediaman neneknya. –MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenputeri aishah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd