• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan THM Setakat 9.30 Pagi Berjumlah RM27 Juta

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) setakat 9.30 pagi tadi mencecah RM27 juta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata jumlah besar bagi kutipan tabung itu yang merupakan inisiatif pendanaan masyarakat yang dilancarkan bagi membantu kerajaan melunaskan hutang, akan ditentukan pada 3 petang ini.

Lim berkata demikian pada satu majlis penerimaan derma ikhlas itu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pada majlis itu, beliau turut menerima derma sumbangan bagi tabung itu masing-masing sebanyak RM1 juta daripada syarikat Ewein Berhad, Magni-Tech Industries Berhad dan Tan Sri Tan Kok Ping.

Dalam pada itu, Chow berkata sejak penubuhan Tabung Harapan itu 31 Mei lepas, pelbagai pihak di negeri ini mula memberikan respons baik dan menanyakan perihal derma berkenaan.

“Dua hari lepas kita ada menerima derma daripada satu pertubuhan bernilai RM50,000 dan hari ini kita menerima sumbangan berjumlah RM3 juta,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang turut memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco untuk disalurkan kepada Tabung Harapan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngTabung Harapan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd