• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Belum Buat Keputusan Bertanding Atau Tidak

oleh Haris
07/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas digesa bertanding jawatan tertinggi UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memberi bayangan bahawa merebut jawatan tersebut bukanlah satu tugas yang mudah.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dilihat berwaspada menyusun langkah supaya tidak mengeruhkan lagi suasana parti berkenaan yang baru sahaja menerima ujian besar tewas pilihan raya.

Lapor BH Online yang hadir ke majlis solat tarawih serta bacaan Yasin di rumah pemimpin yang mesra disapa sebagai Ku Li itu semalam, beliau seakan berhati-hati dalam mengulas lanjut mengenai perebutan jawatan itu.

“Saya tahu awak nak tanya, tetapi bukan hari ini. Nanti kita cerita lain hari ya. Perkara itu besar, bukan main-main. Bendanya (keputusan) belum masak,” ujarnya kepada akhbar berkenaan.

Di sebalik teka-teki pemilihan UMNO yang kian menjelang, kediaman Tengku Razaleigh dipenuhi tetamu yang terdiri daripada nama-nama besar ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Antara yang turut hadir pada majlsi berkenaan adalah Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Spekulasi yang bertebaran berpendapat kemungkinan pertemuan di kediaman bekas Menteri Kewangan itu bertujuan untuk meraih kesepakatan sokongan kepimpinan tertinggi UMNO sebelum bermulanya pemilihan parti.

Menerusi sumber daripada orang kanan Tengku Razaleigh yang enggan namanya dikenali, majlis tersebut yang dimulai dengan berbuka puasa dan diakhiri dengan moreh itu diadakan bagi memperingati pemergian isteri beliau, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah pada 2015.

“Alhamdulillah, seramai 26 Ahli Parlimen UMNO dapat hadir memeriahkan majlis. Ia bukan seperti dikhabarkan (meraih sokongan) tetapi sempena tahun ketiga pemergian Allahyarham isteri ‘Ku Li’.

“Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat hadir kerana difahamkan masih berada di Makkah untuk menunaikan umrah, manakala saya dimaklumkan Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya berbuka di rumahnya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Presiden UMNOTengku Razaleigh HamzahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd