Sample Page Title

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini telah membuat laporan polis berkenaan isu yang tular di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang guru tentang proses pertukaran guru.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata pihaknya menyifatkan tuduhan yang ditularkan itu adalah amat berat melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM.

KPM berkata pihaknya berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan polis itu dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

“Dalam masa yang sama, KPM juga telah menggerakkan satu siasatan dalaman berkenaan isu berkenaan,” katanya.

Kementerian juga menasihatkan guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran supaya berhubung dengan KPM dan bukannya pihak luar atau pihak ketiga bagi mengelakkan unsur-unsur penipuan dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan permohonan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan penjawatan serta keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.

“Alasan permohonan yang diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan pertukaran adalah melibatkan sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan, tempoh perkhidmatan di sesebuah sekolah serta lain-lain alasan munasabah dan wajar guru berkenaan,” katanya.


KPM juga memaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru dibuka sekali setahun menerusi modul atas talian e-GTukar bermula 18 Feb 2018 hingga 25 Mac 2018 dan keputusan kelulusan pertukaran telah dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat kementerian.

Dalam tempoh tersebut, 25,332 orang guru membuat permohonan pertukaran dan jumlah yang diluluskan untuk sesi Jun 2018 adalah seramai 2,133 atau 8.42 peratus dengan 1,257 adalah guru sekolah rendah dan 876 orang selebihnya adalah guru sekolah menengah, katanya.

Alasan yang tertinggi yang diberi kelulusan adalah kes mengikut pasangan (951 orang), diikuti kes tempoh perkhidmatan (387 orang), lain-lain alasan munasabah (368 orang), kes sakit kronik (219 orang), kes permohonan bersama (168 orang) dan kes ancaman keselamatan (40 orang), kata KPM. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...