Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Zionis Lancar Serangan Terbesar...

RAMALLAH : Letupan besar kedengaran dari semasa ke semasa di kem pelarian Jenin...

TNB Buat Persediaan Pelapasan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan...

Presiden KAFA Umum Sedia...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Balai Bomba Bandar Tenggara...

KOTA TINGGI - Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri ini akan diperluas...

Kerajaan Negeri Disaran Wujud Exco Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyarankan semua kerajaan negeri mewujudkan porfolio pengangkutan bagi menangani isu berkaitan pengangkutan di negeri masing-masing.

Loke berkata dengan adanya portfolio tersebut, masalah berkaitan pengangkutan akan dapat diselesaikan dengan lebih baik.

“Sekarang ini tak semua negeri ada Exco dan portfolio pengangkutan. Bila saya mengadakan kunjungan ke negeri-negeri dengan berjumpa menteri besar dan ketua menteri, saya cadangkan supaya portfolio ini diwujudkan untuk melihat segala isu berkaitan pengangkutan termasuk aspek keselamatan di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-20 anjuran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Sementara itu, Loke berkata kementeriannya akan melihat akta-akta lain berhubung peruntukan hukuman sedia ada ke atas pesalah jalan raya yang menyebabkan kematian.

“Kita akan melihat jika ada akta lain yang boleh memberikan hukuman lebih berat kepada pesalah yang melibatkan kemalangan maut,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata program kesedaran keselamatan jalan raya perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya dilaksanakan pada musim perayaan bagi mewujudkan budaya mementingkan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna.

“Pembudayaan keselamatan jalan raya sangat penting dan perlu bermula sejak dari alam sekolah. Saya menyeru ibu bapa dan keluarga, kalau kita dapati ada pemandu yang memandu dengan bahaya, tegurlah mereka…bunyikan hon kepada pesalah. Budayakan hal ini untuk tegur supaya mereka yang buat salah akan rasa malu,” katanya.


Mengulas perkara lain, Loke menyeru penganjur program yang melibatkan orang kenamaan termasuk menteri agar tidak melaksanakan waktu menunggu sebelum program bermula yang memerlukan hadirin datang lebih awal dan menunggu ketibaan tetamu kehormat bagi menjimatkan masa.

“Kalau orang ramai datang pukul 9, menteri pun akan datang pukul 9. Tak payah tunggu lama-lama, saya tak suka orang tunggu saya lama kerana ia seolah-olah saya membuang masa orang lain,” katanya.

Loke berkata ketepatan masa juga merupakan nilai yang ditanam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan budaya itu perlu diikuti semua pihak.

“Ini cara kerajaan baharu. Saya juga harap agar setiap program dilakukan secara bersederhana dan tidak perlu buang masa lama-lama supaya kita dapat laksanakan kerja lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori