• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Umum Tanding Naib Presiden UMNO

oleh
02/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin secara rasmi menamatkan teka teki jawatan apakah yang beliau akan bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Ketua Pemuda UMNO itu dilaporkan media tempatan sebagai sudah mengesahkan beliau akan bertanding merebut salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden UMNO yang dikosongkan penyandangnya.

Ditemui wartawan pada satu majlis anjuran sayap pergerakan tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata bahawa beliau sudah menyerahkan permohonan pencalonan menerusi atas talian semalam.

Beliau merasakan jawatan tersebut sebagai bersesuaian untuk berperanan dalam parti tunjang komponen Barisan Nasional (BN) itu buat masa ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada bulan lalu.

Sebelum ini, ketiga-tiga jawatan Naib Presiden UMNO itu masing-masing disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Bagaimanapun ekoran BN tewas pada PRU lepas, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan dan kini Ahmad Zahid menjalankan tugas buat sementara sebagai pemimpin parti tersebut.

Ahmd Zahid sebelum itu memangku tugas sebagai timbalan presiden parti berkenaan apabila penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO bersama-sama dengan Mohd. Shafie pada 2016.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menerusi kenyataan media turut mengumumkan penawaran dirinya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO baharu bagi menggantikan Khairy.

Beliau berkata selaku seorang Senator Dewan Negara dan pengalaman sebagai naib ketua serta sokongan akar umbi, beliau mampu membawa agenda pembaharuan kepada parti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd