• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terbuka Cadangan Bina Malaysia Baharu

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka kepada cadangan dan sumbang saran semua lapisan masyarakat bagi membantu membina Malaysia baharu yang lebih cemerlang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata dengan penglibatan seluruh masyarakat, usaha pentadbiran kerajaan merencana pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh sifatnya.

“Kita mahukan kerajaan baharu ini lebih mesra sifatnya dan memahami semua golongan masyarakat.

“Kita berharap tiada pihak yang ketinggalan dalam usaha untuk membangunkan negara dan sebab itu, peranan dan sumbangan anggota masyarakat amat penting dan bermakna kepada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan di Seri Satria di sini, hari ini.

Majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu disertai oleh 250 tetamu istimewa golongan asnaf dan kurang upaya daripada beberapa pusat dan rumah kebajikan termasuk Persatuan Cina Muslim He Ping, Persatuan Autism Muslim Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirkan harapan untuk mengenali dan memahami lebih dekat dengan golongan istimewa tersebut bagi memudahkan tugasnya membantu mereka yang berkenaan.

“Insya-Allah, ia akan dapat membantu tugas saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden PKR itu mengesahkan bahawa nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai antara calon yang diketengahkan kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

“Ada beberapa nama, dan saya akui Dr Idris antara calon yang dikemukakan untuk pertimbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman portal melaporkan komponen Pakatan Harapan mengesahkan sokongan mereka terhadap Dr Idris dan mengutus surat kepada pihak Istana Selangor bagi menyatakan sokongan agar ADUN Ijok itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Selain Dr Idris, nama lain yang disebut sebagai calon berpotensi ialah ADUN Sungai Tua yang juga Exco Selangor, Amirudin Sehari, ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badarudin dan ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) berkuat kuasa serta merta, Dr Wan Azizah berkata beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh komen banyak kerana belum mendapat maklumat lanjut berkenaan peletakan jawatannya, cuma mendapat gambaran bahawa beliau telah menulis sesuatu yang sedikit menyinggung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd