• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Tubuh Agensi Usahawan Bumiputera

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Peruncit Bumiputera menuntut kerajaan mewujudkan sebuah agensi atau jabatan khusus yang dapat berperanan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebelum ini.

Naib presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata permintaan itu diajukan bagi membantu membangunkan usahawan dan peruncit tempatan khususnya bumiputera.

Menurutnya, sehingga kini tiada agensi pusat yang benar-benar berperanan dalam membantu usahawan kecil bumiputera dalam membangunkan perniagaan masing-masing.

“Ada di antara mereka sebelum ini yang pergi ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mendapatkan bantuan dan sebagainya.

“Sekiranya tidak seperti sebuah kementerian pun, wajar untuk ditubuhkan sebuah jabatan besar yang dapat dijadikan rujukan kerana ada isu-isu kecil berkaitan usahawan kecil dan sederhana bumiputera yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan untuk diselesaikan,” katanya pada akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, di Menara Ilham, ibu kota.

Tambahnya lagi, menerusi jabatan atau agensi khas tersebut, kerajaan sudah tentu dapat memperuntukkan bantuan termasuk khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana tempatan.

Beliau harap inisiatif tersebut dapat dilaksanakan bagi mengembangkan dan memajukan perniagaan yang juga bakal dapat manfaatnya buat negara. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: agensiKerajaanUsahawan Bumiputera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membawa lebih ramai tokoh dan pakar termasuk dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan...

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan jika terdapat 'undertaking', jaminan atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd