• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Bertanding Presiden UMNO Belum Dibuat

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tertinggi parti itu selepas menerima sokongan bagi mengisi jawatan berkenaan.

Beliau mengakui jawatan itu mempunyai tugas yang amat besar dan perlukan masa untuk memikirkannya sebelum membuat keputusan muktamad demi kebaikan UMNO yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Kekalahan itu bukan bermaksud parti sudah lemah. Masih kuat dan menerima sokongan serta sanjungan sebahagian besar rakyat negara ini.

“Kami masih kuat dan berbisa dalam erti kata memperjuangkan nasib semua bangsa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Bahagian Gua Musang di sini, malam tadi.

Tengku Razaleigh, 81, yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang dan Anggota Parlimen Gua Musang berkata perkara lebih penting ialah mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata rakyat tidak perlu khuatir kerana UMNO akan dipimpin dengan cara bijaksana supaya orang Melayu tetap mempunyai suara besar dan didengari.

Beliau turut berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat kerjasama semua pihak bagi memudahkannya mentadbir negara ini. – BERNAMA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Maut, 2 Hilang, Pesawat Terhempas Di AS

Next Post

Agong Tolak Peguam Negara Cadangan Tun M

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Agong Tolak Peguam Negara Cadangan Tun M

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd