• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Model Belanda Tawar Ganjaran AS$50,000

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Ivana Esther Robert Smit menawarkan ganjaran bernilai AS$50,000 (RM198,725) kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat dan membawa kepada penangkapan pihak bertanggungjawab terhadap kematian model warga Belanda itu.

Portal berita Belanda, NL Times melaporkan bahawa Sebas Diekstra, peguam yang mewakili keluarganya berkata, keluarga model itu mendapati terdapat sedikit perkembangan kes, yang mendorong mereka untuk mengambil keputusan berkenaan.

“Keluarga itu berharap jumlah (ganjaran) itu cukup besar untuk meyakinkan orang ramai dengan maklumat yang berguna, yang selama ini diam untuk tampil,” kata peguam itu pada Isnin.

Disember lalu, mangsa berusia 19 tahun itu maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Mayat Ivana ditemukan tersangkut di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam kondominium tersebut.

Dipercayai Ivana berada di kondominium tersebut bersama ahli perniagaan warga Amerika, Alex Johnson, 44, dan isterinya warga Kazakhstan, Luna, 31, selepas melakukan hubungan seks bersama.

Polis Malaysia mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dan ujian patologi.

Seorang pegawai penyiasat persendirian yang diupah Smit berkata, kes tersebut seharusnya diklasifikasikan sebagai bunuh. – mStar Online

Tags: kes bunuhmodel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd