• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Terengganu Kesan 8 Kesalahan Pemandu Bas

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan lapan kes kesalahan yang dilakukan 270 pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam tempoh 10 hari Op Sisih 3/2018 dan Op HRA 2018 yang dilaksanakan sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya melaksanakan dua operasi itu yang berlangsung bagi tempoh 1 hingga 7 Jun (Op Sisih) dan 8 hingga 24 Jun (Op HRA) bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terus ditingkatkan pada musim perayaan ini.

Dalam operasi tersebut, dua kesalahan melibatkan dadah manakala kesalahan lain antaranya ialah memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan, menggunakan telefon bimbit ketika pemanduan tanpa alat bebas tangan (handsfree) dan cermin bas yang retak.

“Bagi kes pemandu bas yang dikesan positif dadah itu, spesimen air kencing tersebut akan dibawa ke makmal.

“Lain-lain kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika pemanduan, tindakan saman dikenakan dan kita juga telah meminta pemilik bas menukar cermin bas mereka yang retak itu dengan segera atas faktor keselamatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres dan pelancaran Op HRA 2018 sempena perayaan Aidilfitri di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini, semalam.

Abdul Rahman menarik perhatian bahawa dalam tempoh operasi tersebut, JPJ juga akan melakukan rondaan selama 12 jam di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pantai Timur 2 (Jabor-Gemuroh), jalan persekutuan dan jalan-jalan utama negeri, manakala rondaan selama 24 jam pula dilakukan pada dua hari sebelum dan dua hari selepas sambutan Aidilfitri.

“Rondaan adalah sebagai ikhtiar JPJ untuk menurunkan kadar 10 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya di samping menyasarkan sifar kemalangan dan kematian yang meilbatkan kenderaan bas,” katanya.

JPJ juga katanya mengeluarkan larangan terhadap kenderaan berat yang muatan lebih daripada 7.5 tan (7,500 kilogram) untuk berada di atas jalan raya pada 13 hingga 14 Jun dan 23 hingga 24 Jun ini.

“Lori yang membawa muatan bahan binaan, lori pengangkut rendah, pole trailer, platform trailer, jentera berat beroda serta traktor juga termasuk dalam kategori larangan berada di atas jalan raya bagi tempoh itu.

“Larangan ini bertujuan mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Katanya, hanya lori yang membawa muatan barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri seperti sayur-sayuran sahaja dibenarkan dalam tempoh tersebut, jika selain daripada itu JPJ akan menahan lori berkenaan hingga tempoh larangan tamat. – BERNAMA

Tags: JPJpemandu bas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Akan Berkhidmat Selagi Rakyat Perlukan Saya”

Next Post

Rombakan Besar Polis, KPN Antara Yang Bakal Dipecat?

Related Posts

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

31/05/2025
0

PUTRAJAYA - Dua penambahbaikan utama terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ahad. Ketua Pengarah...

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Next Post

Rombakan Besar Polis, KPN Antara Yang Bakal Dipecat?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd