• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jong-un Bawa Tandas Peribadi Ketika Jumpa Trump

oleh
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI mungkin pelik bagi anda. Tetapi, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membawa bersamanya tandas peribadi ke mana-mana beliau pergi waima jika berkunjung ke luar negara.

Mungkin aneh tetapi itu jugalah yang dibawa bersama ke Singapura ketika menghadiri sidang julung kali bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hotel Capella, Sentosa kelmarin.

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan, Chosunilbo yang melaporkan bahawa selain kereta limosin beliau, Jong-un tiba di negara itu dengan tandas peribadinya yang diangkut pesawat Boeing 747 milik Air China.

Menurut Lee Yun-Keol, seorang bekas pegawai di Unit Pengawal Keselamatan, itu sudah menjadi antara barangan yang perlu dibawa bersamanya apabila ke luar negara, lapor Washington Post pula.

Apakah sebabnya? Pemerintah Korea Utara sebenarnya mahu melindungi ketulan najisnya daripada cuba dicuri oleh pihak musuh yang berniat jahat dan dengki dengan negara komunis itu!

“Najis pemimpin ini sebetulnya mengandungi banyak maklumat penting tentang status kesihatan dirinya, lantas ia tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja dalam sistem kumbahan awam,” jelas Yun-keol.

Malah, agensi berita DailyNK melaporkan bahawa terdapat sebuah tandas khas mudah alih yang dibawa bersama dalam mana-mana konvoi Jong-un apabila beliau ulang-alik di sekitar negaranya sendiri.

“Ada beberapa kenderaan dalam konvoi itu agar orang ramai tidak dapat kesan kereta Jong-un dan juga terdapat sebuah kereta yang angkut tandas peribadinya,” menurut sumber kepada DailyNK. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-unKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd