• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Johari berkata beliau telah menganggotai UMNO sejak 1988, memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa selama lapan tahun, menganggotai Majlis Tertinggi UMNO, menjadi wakil rakyat selama lima tahun, memegang jawatan Menteri Kewangan Kedua selama 21 bulan dan terlibat dalam dunia korporat selama 25 tahun.

“Saya mempunyai pengalaman berurusan dan berdampingan dengan rakyat dari pelbagai latar belakang, pemikiran dan pandangan politik yang berbeza-beza. Sehubungan itu, saya bersedia untuk terus menyumbangkan masa, tenaga, buah fikiran dan pengalaman saya untuk bersama-sama membantu memperkasakan UMNO semula, Insya-Allah,” katanya.

Johari berkata asas UMNO yang kukuh dan juga daya tahannya selama ini dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis telah menjadikan UMNO sebuah parti yang masih dihormati oleh pihak lawan, dan sebagai sebuah parti pembangkang yang baharu, UMNO harus terus menjadi saluran bagi suara rakyat untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dalam menghadapi arus pembangunan ekonomi dan negara.

“UMNO sedang berdepan dengan perkembangan arus politik negara era baharu iaitu corak pemikiran dan kehendak rakyat telah berubah menjadi kompleks, suara anggota UMNO dan rakyat jelata yang mengharapkan perubahan sosial dan reformasi politik telah lama kedengaran dan menjadi lantang sehingga keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 tidak memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Johari Abdul GhaniUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd