• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Yunos Akui Masih Berada Dalam Negara

oleh Haris
05/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, tampil mengakui kini masih berada di dalam negara dan bukanlah menghilang diri ke luar negara seperti dilaporkan media.

Sehubungan itu, Jamal berkata kerajaan tidak perlu memburunya secara besar-besaran sehingga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Dalam masa sama, Jamal mendakwa kesalahan yang dilakukannya itu amat kecil dan bukan satu jenayah besar yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

Ujarnya, kesalahan yang dilakukan olehnya itu adalah melakukan protes dengan memecahkan botol arak dengan menggunakan tukul di hadapan bangunan Setiausaa Kerajaan (SUK) Selangor, Shah Alam, tahun lalu.

UMNO Tidak Restui Tindakan Jamal Pecah Botol Arak

“Kesalahan tersebut hanya membabitkan denda tidak lebih RM400, dan kesalahan-kesalahan lain yang saya lakukan contohnya mengadakan perhimpunan haram hanya didenda RM100 dan sebagainya.

“Jadi terpulanglah kepada kerajaan untuk meminta INTERPOL atau kerjasama daripada Polis negara luar kerana saya masih berada dalam negara,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian melalui sebuah rakaman perbualan telefon yang dihantarkan kepada pihak media.

Tambah Jamal, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, juga mengesahkan bahawa dirinya belum dikesan keluar menerusi mana-mana pintu keluar rasmi dari negara ini.

“Apa yang paling penting adalah saya tidak melanggar undang-undang negara (Malaysia),” jelasnya.

Minggu lalu, Jamal tampil dalam satu video tular berlatar belakangkan ladang kelapa sawit yang tidak diketahui lokasinya, mendakwa beliau menjadi ‘mangsa konspirasi’.

Susulan itu, pihak polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau pada Jumaat lalu atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.

Biarpun hilang dan gagal dikesan sejak minggu lalu, Jamal tampil diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Sebelum ini juga, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan polis Indonesia untuk mengesan Jamal yang didakwa melarikan diri ke negara itu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Jamal Md YunosPDRMUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd