• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa, Pasukan Khas Miliki Kuasa Penuh Siasat 1MDB

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada jawatankuasa dan pasukan khas berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya dalam siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik itu.

“Mereka telah diberi sepenuh kuasa untuk menentukan langkah-langkah yang wajar diambil dari sudut undang-undang untuk menangani skandal mengenai 1MDB,” katanya pada sidang media selepas melawat ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan tangkapan dan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan skandal itu.

Pada 22 dan 24 Mei lepas, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berkaitan SRC International Sdn. Bhd., anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.

Pasukan khas 1MDB itu diwujudkan oleh Pejabat Perdana Menteri manakala jawatankuasa 1MDB itu pula ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Kerajaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa khas bagi menangani isu penduduk negara ini yang mengalami masalah kerakyatan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu mendapat persetujuan barisan pemimpin PH yang bermesyuarat lebih seminggu lalu. – BERNAMA

Tags: 1MDBMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd