• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ECRL: Terengganu Mahu Bantu Selesaikan Masalah

oleh
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Terengganu buka ruang mahu bantu menyelesaikan masalah membabitkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), dengan sedia bekerjasama bersama kerajaan pusat dan kontraktor dari China.

Menteri Besar, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan kerajaan pusat yang membuat pertimbangan semula berhubung projek berkenaan amat dihargai.

“Pada pertemuan pertama saya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini juga turut berharap projek membabitkan kerajaan Terengganu seperti ECRL harus dibuat pertimbangan sewajarnya.

“Kita amat menghargai perkembangan terbaru mengenai projek ini,” katanya pada Berita Harian ketika membuat lawatan kerja di Tanah Bencah Setiu di Kampung Mangkuk, Permaisuri, petang semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak; Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri sedar terdapat masalah tertentu berkaitan projek itu yang menjadi kebimbangan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga pada kerajaan negeri dan pusat.

Menteri Besar Terengganu, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Jika kebimbangan itu wujud kita perlukan rundingan, teliti semula dari segi kos, terma perjanjian, terma pelaksanaan projek dan kesan kepada masyarakat dan komuniti.

“Ini yang kita perlu lakukan bukan terus bertindak membatalkan sesuatu projek,” ujarnya.

Sementara itu, T7 Global Bhd. sedang menunggu keputusan perbincangan semula Kerajaan Pakatan Harapan berhubung projek berkenaan.

Memorandum persefahaman dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp. Bhd. (EPIC) dan syarikat milik penuh Bumiputera, CMC Engineering Sdn. Bhd. telah dimeterai T7 Global Mac lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Projek ECRL akan diteruskan jika kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak kepada negara.

Manakala, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan kerajaan sedang merundingkan semula projek kontroversi ECRL bersama China dengan harapan dapat mengurangkan kos projek berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ECRLKerajaan Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd