• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Pegawai Sebabkan Pembaziran Dana Kerajaan

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan merangka satu undang-undang bagi membolehkan tindakan punitif diambil terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kewangan kerajaan.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata sehubungan itu, semua kementerian dikehendaki mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kelemahan dalam undang-undang, dasar dan peraturan sedia ada berkaitan kementerian terbabit yang boleh menyumbang ke arah pembaziran tersebut.

“Laporan ini perlu dikemukakan kepada GIACC dalam tempoh satu bulan mulai hari ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) di sini hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Abu Kassim berkata perkara itu yang bertujuan menangani masalah rasuah dalam kalangan jabatan kerajaan, merupakan antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat hari ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memulihkan negara menerusi janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk membebaskan negara daripada masalah rasuah dengan melaksanakan 21 atau 35 peratus daripada 60 janji dalam manifesto PH yang ada kaitan dengan aspek governans, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan GIACC yang melapor terus kepada perdana menteri bagi membolehkan usaha menyelamatkan negara daripada rasuah dapat dilaksanakan dengan segera.

Selain menasihati, merancang, menyelaras, memantau, menilai dan melapor semua perkara berkaitan dengan governans, integriti dan antirasuah, pusat itu juga bertanggungjawab kepada hal-hal yang berkaitan dengan hak asasi manusia bagi pihak kerajaan, katanya.

Abu Kassim berkata JKKMKPK yang telah lama tidak berfungsi, diaktifkan semula namun dipinda nama kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR).

Beliau berkata Rang Undang-undang Pembiayaan Politik akan digubal dengan kadar segera bagi membanteras politik wang.

Beliau juga berkata mesyuarat hari ini memutuskan untuk mengadakan satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam melibatkan menteri sehingga setiausaha politik.

Pada masa ini, dasar itu hanya memfokuskan kepada penjawat awam, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri diminta untuk melaksanakan Polisi Tidak Terima Hadiah.

Abu Kassim berkata selain itu, mesyuarat turut bersetuju agar JKKMAR menyelaras semua cadangan termasuk cadangan yang akan diutarakan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) untuk diangkat bagi keputusan di peringkat JKKMAR atau kabinet.

Selain itu, beliau berkata Pelan Antirasuah Nasional (NACP) akan digubal bagi membolehkan isu-isu governans, integriti dan antirasuah ditangani secara menyeluruh.

“NACP kelak akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang sememangpun telah tiba masa untuk disemak semula,” katanya.

Selain itu, bekas Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut berkata satu dasar bersepadu sebagai arahan Dr Mahathir akan dikeluarkan segera kepada semua Unit Integriti di setiap kementerian, jabatan dan agensi sebagai hala tuju negara yang diselaraskan oleh GIACC.

Abu Kassim juga memaklumkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diletakkan di bawah GIACC.

“Bagi memastikan struktur dan fungsi baharu ini tidak bertindan, mengambil kira penjimatan kos kerajaan dan penyemakan semula jumlah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, GIACC perlu menyelaras dan mengemukakan input cadangan mekanisme penstrukturan semula agensi-agensi berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: DanaTan Sri Abu Kassim Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd