• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat: MRR2, Ampang Dilanda Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Ampang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih dua jam petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.

“Hujan lebat di MRR2 menghala Ampang selepas Zoo Negara menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer namun keadaan adalah terkawal dan air mulai surut pada pukul 7.30 petang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata di kawasan Lembah Jaya Utara, Ampang di sini, paras air sungai di kawasan berhampiran turut dilaporkan meningkat setinggi satu meter dan masih dalam keadaan terkawal.

Menurutnya, pihak bomba telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, pengguna MRR2, Rosni Malik, 33, berkata kejadian seperti itu kerap kali berlaku yang menyebabkan ramai pengguna jalanraya terperangkap dalam kesesakan yang panjang.

“Walaupun sesak, sepatutnya 45 minit sudah sampai rumah, tetapi setiap kali hujan mesti lebih lama masa diperlukan kerana banjir kilat serta berlumpur di jalan MRR2.

“Diharap pihak Jabatan Kerja Raya dapat melihat perkara ini, bagi memastikan perkara sebegini tidak terus berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd