• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Dunia Turun Sejak Minggu Lalu

oleh
18/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARGA Minyak Dunia terus mencatatkan penyusutan sejak minggu lalu dalam paras harga yang rendah.

Lapor Berita Harian, penyusutan harga minyak berlaku susulan China memberi amaran untuk mengenakan cukai terhadap import minyak mentah Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan kemelut perdagangan dengan Washington.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia turut dijangka meningkatkan bekalan minyak mentah.

Sejak April lalu, niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) mencecah paras terendahnya, susut kepada AS$63.59 (RM254) satu tong sebelum meningkat kepada AS$69.98 (RM280) pada 0635 GMT.

Kadar tersebut masih lebih rendah AS$1.07 (RM4), atau 1.6 peratus dari penutup terakhirnya.

Harga minyak antarabangsa turut menyusut dengan niaga hadapan minyak mentah Brent susut 46 cents, atau 0.6 peratus kepada AS$72.98 (RM292) satu tong.

Hal tersebut berlaku sebagai satu tindak balas daripada laporan bahawa pengeluaran minyak dijangka meningkat dari pembekal utama, Arab Saudi dan Rusia.

“Harga minyak menyusut dalam tempoh tiga minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran minyak oleh OPEC,” kata sebuah bank pelaburan multinasional AS, Goldman Sachs.

Ujarnya lagi, harga minyak turut menerima tekanan daripada permintaan lemah berikutan ekonomi yang sedang membangun serta kemelut perdagangan berterusan dan peningkatan inventori.

OPEC yang diketuai Arab Saudi serta negara bersekutu termasuk Rusia mula melaksanakan sekatan pengeluaran minyak sejak awal 2017 dan dijangka akan bertemu di Vienna pada 22 Jun ini untuk membuat keputusan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Amerika SyarikatChinaminyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd