• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Projek LRT Dilaksana Dalam Tempoh 5 Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berharap projek Transit Aliran Ringan (LRT) di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun kepimpinannya.

Chow yang baru dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Lim Guan Eng susulan kejayaan DAP/Pakatan Harapan mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum (PRU) lalu, berkata ini kerana projek itu dijangka mengambil masa yang panjang untuk siap.

“Projek LRT ini mungkin akan mengambil masa enam hingga lapan tahun untuk siap, jadi kalau boleh dimulakan pembinaan dalam dua atau tiga tahun lagi maka kita sudah melangkah ke depan sedikit,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata sejak tiga tahun lalu, projek itu menjadi tumpuan utama kerajaan negeri termasuk dari segi membuat kajian bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Chow yang turut memegang portfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan dan Pengangkutan Pulau Pinang, berkata projek tersebut boleh dijalankan secepat mungkin sekiranya kelulusan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga tahun ini.

Chow sebelum ini pernah melahirkan hasrat agar semua projek mega di negeri itu akan dipercepatkan memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang kini dalam satu pasukan yang sama dengan kerajaan persekutuan.

Antara projek yang diklasifikasikan sebagai projek mega negeri ialah projek terowong dasar laut yang merangkumi pembinaan tiga lebuh raya utama, projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR), Penang Sky Cab dan LRT dengan kos keseluruhan dianggar RM46 billion.

Sementara itu, mengulas cadangan badan bukan kerajaan agar kerajaan membina tram bagi mengurangkan kos projek LRT, Chow yang juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Padang Kota, berkata projek tram kurang berdaya maju kerana akan melibatkan penggunaan jalan raya sedia.

“Kalau tram dibina di atas jalan yang ada, maka kuranglah kapasiti jalan sebab sebahagian perlu digunakan untuk membina landasan tram. Ini tidak sama dengan sistem LRT atau MRT yang mempunyai landasan di atas atau di bawah jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Chow Kon YeowLRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skandal Tapak Bazar: Ahli PPBM Berdepan Tindakan

Next Post

Amirudin Dipilih Oleh Rakyat Selangor – Azmin

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Amirudin Dipilih Oleh Rakyat Selangor - Azmin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd