• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Tapak Bazar: Ahli PPBM Berdepan Tindakan

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya didapati bersalah berhubung dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewangan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Biro Integriti Armada Nasional, Dr. Muhammad Faiz Na’aman menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi jika benar-benar terbukti ada anggota parti itu terlibat dalam skandal itu.

“PPBM memandang serius mana-mana ahli menggunakan jawatan politik untuk memohon tender perniagaan atas niat membuat kebajikan atas kepentingan peribadi. Laporan SPRM ini dijangka dapat melengkapkan siasatan terhadap kes mencari kebenaran berkaitan siapa yang terlibat dan dalang sebenarnya.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus, adil dan tegas. Andaikan benar ahli kami terlibat dalam skandal ini, tindakan displin akan diambil serta-merta,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan bangunan SPRM sebelum membuat laporan berhubung skandal itu.

Semalam, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman turut meminta SPRM dan polis menyiasat skandal itu bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ketua Armada PPBM Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abdul Karim turut membuat laporan polis bagi mempertahankan namanya dalam isu berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa Ketua Armada PPBM Bukit Bintang itu menggunakan kuasa politik untuk mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Ekoran pendedahan itu pada 14 Jun lepas, satu laporan polis dibuat oleh Dr. Muhammad Faiz yang juga anggota Majlis Tertinggi PPBM.

Mohd Noorhisyam didakwa mengutip wang sehingga RM5,000 daripada peniaga bazar di Masjid India setelah didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media melaporkan bahawa surat DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukkan bahawa 80 lot telah diluluskan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238. – BERNAMA

Tags: DBKLPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Cari Pelaku Video Malukan Anak Kes Duit Raya

Next Post

Harap Projek LRT Dilaksana Dalam Tempoh 5 Tahun Ini

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post

Harap Projek LRT Dilaksana Dalam Tempoh 5 Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd