• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapus Tol KL-Seremban, Salak Bukan Jasa PH

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… Barisan Nasional (BN) mendakwa penghapusan tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway mulai hari ini, bukanlah jasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To, berkata tol pada kedua-dua laluan itu dihapuskan kerana konsesi untuk kedua-dua jajaran yang dulunya diberikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 1990-an tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

“Kedua-dua konsesi itu yang berada di bawah syarikat ANIH Bhd., tidak pernah dilanjutkan oleh kerajaan BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Razak.

“Justeru, penyokong PH dan Mahathir tak payah perasan. Mereka patut terus tuntut PH untuk menghapuskan segala tol di Malaysia seperti dijanjikan oleh mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya menerusi satu kenyataan media, pagi ini.

Semalam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 12 tengah malam tadi.

LLM dalam kenyataannya, berkata dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan, bayaran tol bagi semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara RM0.40 hingga RM1.70.

“Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

“Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata kenyataan itu.

Katanya, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App. – BH ONLINE

Tags: Barisan Nasionalpemansuhan tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd