• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Takmir & Guru Kafa Terima Bayaran Khas Raya

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 66,258 kariah masjid, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara akan menerima Bayaran Khas Aidilfitri berjumlah RM400 yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mereka terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 Tok Siak/Norja/Merbot, serta 32,764 guru KAFA akan menerima bayaran khas itu.

“Kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta yang telah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Lim berkata bersempena Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan agar anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri, seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam kerajaan Persekutuan.

Semalam, Lim mengumumkan kerajaan meluluskan pemberian sumbangan khas Aidilfitri sebanyak RM400 itu.

​​​​​​​Beliau menjelaskan pembayaran itu tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) (dahulunya dikenali sebagai BR1M) yang dibayar secara berasingan.

“Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun.

“Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh penerima di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bayaran Khas RayaGuru Kafa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Terima RM56 Juta Imbuhan Tahunan, Elaun Guru KAFA

Selangor Terima RM56 Juta Imbuhan Tahunan, Elaun Guru KAFA

02/05/2023
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru Kelas Fardu...

Kemudahan Cuti Bersalin Elaun Penuh Guru KAFA Ditangguhkan

Kemudahan Cuti Bersalin Elaun Penuh Guru KAFA Ditangguhkan

24/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru Kelas al-Quran dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd