• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Kuat Landa Osaka

oleh Ahmad Albab
18/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU gempa bumi kuat melanda Jepun awal pagi tadi, namun tiada sebarang laporan terkini diterima berhubung kesan kerosakan atau amaran tsunami.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 5.3 skala Richter itu berlaku pada kedalaman 15.4 kilometer pada jam 7.58 pagi berhampiran Osaka.

Agensi meteorologi Jepun pula memberitahu, tiada risiko tsunami dicatatkan setakat ini.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu wartawan, kerajaan sedang mengambil segala tindakan yang perlu dan keutamaan diberikan kepada usaha menyelamatkan nyawa penduduk.

Beliau berkata, semua petugas sudah diberi arahan untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung kerosakan dan menumpukan kepada usaha menyelamatkan nyawa, selain membekalkan maklumat lengkap, tepat dan pantas untuk disebarkan kepada orang ramai.

Sementara itu polis tempatan memberitahu, mereka belum menerima sebarang laporan kerosakan manakala Lembaga Peraturan Nuklear pula berkata, tiada sebarang perkara tidak normal dikesan selepas gempa terbabit.

Gegaran berkenaan menyebabkan bekalan elektrik terputus dan menjejaskan ribuan kediaman serta operasi perkhidmatan kereta api tergendala selama beberapa jam.

Turut dilaporkan adalah kebakaran membabitkan sebuah rumah di bandar Osaka selepas gempa bumi itu berlaku. – AFP/myMetro Online

Tags: gempa bumijepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd