• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gementar Berlakon Filem, Puteri Puji Cara Kerja Remy

oleh
28/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI pendatang baharu, pelakon Puteri Aishah menyifatkan Remy Ishak sebagai seorang aktor yang sangat garang dan serius dalam melaksanakan tugasan.

Disebabkan itu, Puteri pada mulanya berasa sangat gementar untuk berdamping dengan jejaka idaman Malaya itu ketika mereka membintangi filem Pulang.

Pulang merupakan filem pertama Puteri dan disebabkan itu juga dia berasa agak gementar kerana dirinya masih lagi hijau dalam dunia lakonan.

“Saya bimbang jika gagal beri prestasi lakonan setanding Remy. Mujur, sebulan sebelum penggambaran, kami sudah diberi latihan. Ketika itu, kami berusaha dapat keserasian antara satu sama lain.

“Baru saya tahu, Remy garang dan serius ketika bekerja. Dia sama seperti pengarah Pulang, Kabir Bhatia yang tegas dan terperinci apabila bekerja. Remy jika mahukan sesuatu, dia berusaha mendapatkannya.

“Dia juga memastikan lakonannya sempurna dan ikut kehendak pengarah. Ketelitian Remy secara tidak langsung mengajar saya menjadi pelakon yang lebih baik,” katanya kepada portal BH Online.

https://www.instagram.com/p/Bj7WUG_HvwE/?taken-by=puteriaishah_

Sepanjang 45 hari menjalani penggambaran bagi filem berkenaan, gadis berusia 24 tahun itu akui bahawa dia telah mempelajari pelbagai perkara.

Malah, apa yang paling sukar untuk dilupakan olehnya ialah ketika terpaksa mengambil risiko melakukan penggambaran di sebuah muara sungai dekat Terengganu yang dihuni oleh sang buaya.

“Ketika menjayakan babak mendayung sampan bersama seorang pelakon, saya terdengar bunyi pergerakan air. Hati saya berdebar kerana suasana di persekitaran ketika itu agak sunyi.

“Apabila bertanya kepada kru, mereka kata tiada apa-apa. Hanya selepas selesai penggambaran, baru mereka memberitahu, ada buaya di tepi sampan kami. Luruh jantung dibuatnya.

“Pengalaman itu terlalu mahal, membuatkan saya sukar melupakannya. Saya juga bertuah kerana pelakon senior banyak bantu ketika menjayakan filem ini, selain guru lakonan kami, Fatimah Abu Bakar,” tambahnya.

Filem yang bakal menemui penonton pada 26 Julai itu mengambil latar era 1940-an hingga 2000 itu nanti turut membarisi pelakon hebat lain antaranya ialah Datuk Jalaludin Hassan, Juliana Evans dan Azrel Ismail. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: puteri aishahRemy Ishak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,000 Kuota Matrikulasi Untuk Kaum Cina – Maszlee

Next Post

Elly Berbaik Dengan Azmi, Faye Demi Kebaikan Sefhia

Related Posts

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

18/10/2019
0

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah. Pelakon utama filem Sangkar itu...

Remy Ishak Dedah Sudah Putus Tunang

20/03/2019
0

PELAKON Remy Ishak mendedahkan dia dan tunangnya, Ezza Yusof sudah memutuskan tali pertunangan sejak sebulan lalu. Tidak mahu terlalu memperincikan...

Next Post

Elly Berbaik Dengan Azmi, Faye Demi Kebaikan Sefhia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd