• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Sedia Undur Diri Jika Anwar Jadi PM

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia mengundur diri daripada jawatan nombor dua kerajaan jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata perkara itu bukanlah isu besar kerana situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang oleh suami isteri tidak pernah berlaku di negara ini.

“Itu (situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang suami isteri) tidaklah… saya kira saya akan undur dirilah, tak payah jadi isu kerana itu adalah memang satu niat saya daripada mula-mula lagi.

“Kenapa suami saya tidak boleh bertanding..kerana suami saya telah dizalimi, sekarang telah diampuni dan sekarang dia boleh ambil bahagian. Namun, kita ikut janji bahawa perdana menteri sekarang adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya timbalan perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dipetik portal berita sebagai berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan sejurus Anwar diangkat menjadi perdana menteri namun siapa yang bakal mengisi jawatan timbalan perdana menteri belum diputuskan.

Ketika ditanya apakah proses peralihan kuasa itu akan dipercepatkan, Dr Wan Azizah berkata apa yang paling penting buat masa ini adalah melaksanakan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan baharu.

“Kita kena beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” kata beliau.

Mengulas mengenai projek RTB itu, Dr Wan Azizah berkata ia kini di tahap 70 peratus dan akan mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Kita telah diberi taklimat dan mendapati sejak 2010, seramai 46,000 mangsa banjir dipindahkan. Banyak masalah lain seperti kerosakan bendang, harta benda malah kehilangan nyawa yang berlaku. Sebab itu, kita ingin percepatkan RTB yang dijangka siap pada 2020.

“Kita juga telah diberitahu projek ini boleh siap dalam tempoh 18 bulan jadi, kerajaan pusat akan beri kerjasama untuk menjayakan projek RTB dan bajet tambahan berjumlah RM62 juta juga diluluskan tahun lepas untuk kegunaan projek tersebut,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata bajet tambahan itu akan digunakan untuk membina jalan lencongan bagi jambatan dari Jalan Alor Setar-Kangar dan jambatan Jalan Alor Setar-Gunung Keriang, yang mampu menyelesaikan masalah banjir itu. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPWKM Pandang Serius Isu Kahwin Bawah Umur

Next Post

Pilih Zahid, UMNO Pastikan Kestabilan, Kesinambungan

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

Next Post

Pilih Zahid, UMNO Pastikan Kestabilan, Kesinambungan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd