• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Pandang Serius Isu Kahwin Bawah Umur

oleh Ahmad Albab
02/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak semalam.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal mendapati pendaftaran perkahwinan itu merupakan perkahwinan yang dimohon oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela.

Namun, ia menjelaskan bahawa jika seorang budak perempuan berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.

“Semasa kenyataan ini dibuat, tiada sebarang rekod sama ada di mahkamah ataupun Pejabat Agama Gua Musang yang membenarkan perkahwinan itu,” kata KPWKM.

Individu terbabit boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut KPWKM, Undang-undang Syariah di negeri lain juga mempunyai peruntukan yang sama mengenai umur minimum bagi perkahwinan.

Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun yang tersebar di media sosial sejak semalam telah mengundang reaksi banyak pihak.

KPWKM berkata siasatan awal pegawai pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.

“Persetujuan antara ibu bapa budak itu dan suaminya adalah supaya budak itu hanya tinggal bersama suami setelah dia mencapai umur 16 tahun,” kata KPWKM.

Dalam pada itu, KPWKM berkata bagi meneliti dan menangani isu perkahwinan bawah umur, Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak menubuhkan satu pasukan petugas terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak.

Antara perkara yang dicadangkan ialah mensyaratkan penyediaan dua jenis laporan iaitu laporan kesihatan oleh doktor perubatan (psikologi) dan laporan sosial oleh pegawai pelindung untuk mendapatkan kelulusan perkahwinan bawah umur.

Laporan itu mungkin dapat membantu hakim syarie (untuk kes orang Islam) serta ketua adat dan ketua menteri/menteri nesar/menteri Wilayah Persekutuan (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memberi kelulusan.

“KPWKM mengambil pendirian bahawa budak itu perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya,” katanya.

Perkahwinan bawah umur akan memberi cabaran yang meliputi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.

“Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.

“Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda dan masalah sosial yang lain,” kata KPWKM. – BERNAMA

Tags: Bawah umurkahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd