• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mohd Gazali Dilantik KSU Kementerian Pendidikan

oleh AK-47
20/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Dr. Mohd Gazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Mohd Gazali menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang bersara wajib pada 22 Mei lalu.

“Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan serta pembangunan modal insan.

“Saya percaya pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti dimiliki Mohd Gazali dapat membantu melaksanakan tanggungjawab itu dengan berkesan dan meneruskan misi Kementerian Pendidikan dalam melestarikan sistem pendidikan berkualiti,” katanya dalam kenyataan, di Putrajaya, hari ini.

Mohd Gazali berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Nottingham, United Kingdom dan Doktor Falsafah (Maklumat dan Telekomunikasi Global) dari Waseeda University, Jepun.

Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Mohd Gazali pernah berkhidmat sebagai Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia; Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif Network of Asia Pacific Schools and Institutes of Public Administration and Governance (NAPSIPAG). – myMetro Online

Tags: DATUK Dr Mohd Gazali AbasKetua Setiausaha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas KSU MOA Akur Keputusan Dipindah Ke JPA

26/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan menerima keputusan dipindahkan ke...

KSU Kementerian Ditahan, Jongkong Emas RM3j Disita

05/01/2017
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya, Selangor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd