Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Kajian Semula Pelan Hala...

KOTA KINABALU - Kajian semula Pelan Induk Hala Tuju Koridor Pembangunan Sabah (SDC)...

57 Rumah Di Gugusan...

IPOH - Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting...

3 Kapal Ditahan Lakukan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili...

Masyarakat Semakin Kurang Makan...

MELAKA - Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan...

KSU Kementerian Ditahan, Jongkong Emas RM3j Disita

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya, Selangor hari ini kerana disyaki terlibat rasuah.

Menurut sumber SPRM, suspek bergelar ‘Datuk’ dan berumur 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 pagi tadi dan dibawa ke ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya untuk siasatan yang lebih lanjut.

“Suspek ditahan kerana menggunakan kedudukannya sebagai KSU untuk menyalahgunakan kuasa dan mengambil rasuah,” kata sumber itu kepada Bernama.

Turut ditahan ialah seorang individu lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang memiliki kepentingan dengan KSU terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan mengenai perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama.


Beliau bagaimanapun berkata SPRM sedang membuat siasatan lanjut di kediaman suspek. Azam enggan mengulas ketika ditanya identiti KSU berkenaan.

Pihak SPRM ujar Azam, turut merampas sejumlah wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta di beberapa lokasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori