Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terus Kempunan Julang...

HANOI - Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki...

Sikap Monopoli Kekang Pertumbuhan...

PETALING JAYA - Sikap memonopoli dalam ekonomi sesebuah negara boleh mengekang pertumbuhan ekonomi...

Orang Asli Kuala Koh:...

GUA MUSANG - Jumlah Orang Asli suku Batek yang dijangkiti penyakit tidak diketahui...

Emma Maembong Taja Kakak...

PEMURAH sungguh hati pelakon jelita merangkap teman wanita pelawak terkenal, Zizan Razak ini. Seperti...

Dr. Maszlee Malik: Salahkan UMNO Sembunyikan Hutang

SUSULAN pengumuman ‘penangguhan’ pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4000. Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik telah memuat naik status di Facebook page beliau.

Sedikit penjelasan berkenaan penangguhan PTPTN.

Kita berjanji mahu menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4000 sebulan.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kini kita tahu bahawa bebanan hutang negara yang sebenar telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat oleh pentadbiran UMNO dan Dato Sri Najib Tun Razak.

Tetapi sekarang, selepas pendedahan terkini yang dibuat oleh Menteri Kewangan, kita mendapat tahu bahawa keadaan hutang negara adalah amat teruk. Kerajaan melalui Jemaah Menteri melihat di sana perlunya janji-janji Pakatan Harapan dilaksanakan mengikut keutamaan dan kepentingan dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Oleh itu, pihak Kementerian memerlukan sedikit lagi masa untuk mencari jalan terbaik bagi menunaikan janji ini. Insha Allah saya akan buat pengumuman yang sewajarnya apabila tiba masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama. – YB Dr. Maszlee Malik

 

Untuk pengetahuan YB Dr. Maszlee, data-data hutang kerajaan termasuklah data hutang jaminan kerajaan dan sewaan pajakan PPP/PFI boleh diakses oleh semua orang pada pautan di laman web Bank Negara Malaysia , Kementerian Kewangan dan DOSM.

Data-data di dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tentang ‘Fakta Mengenai Liabiliti RM1 Trilion Kerajaan Malaysia’ pada 24 Mei lepas juga serupa dengan data di laman-laman web di atas.

Jadi bahagian mana yang kata konon pentadbiran UMNO cuba sengaja sembunyikan? Hutang yang disembunyikan atau kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sendiri cuba memanipulasi hutang sebenar?

Timbul beberapa persoalan cepumas:

Adakah MP-MP kerajaan sekarang baru tahu wujudnya laporan sebegini?
Adakah MP-MP kerajaan nak kata Bank Negara Malaysia tidak telus?
Atau adakah MP-MP kerajaan sekarang sejak dilantik menjadi menteri barulah ada data internet yang cukup untuk baca laporan tersebut?

Rakyat jelata mungkin tidak mengambil tahu dan mengambil kisah akan hal-hal sebegini yang tiada sangkut paut dengan kehidupan harian mereka, tetapi ini bukan tiket untuk YB menuduh kerajaan sebelum ini.

Sudah-sudahlah menyerang.


YB Dr. Maszlee bukan lagi di kem pembangkang tetapi sekarang sudah menjadi kerajaan. YB sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat isu sebenar.

Paling tidak mengaku sahaja yang PH tersilap memberi janji yang tidak mampu ditunaikan. PH juga sebelum ini kerapkali mencanang bahawanya Malaysia bakal bankrap, jadi mengapa berjanji bulan dan bintang?

Bentangkan fakta dan hujah, bukan lagi propaganda mahupun persepsi sebegini.

Saya doakan agar YB Dr Maszlee kembali sedar akan tuduhan yang berunsur fitnah ini dan beristighfar agar fitnah ini tidak tertimpa ke atas pihak-pihak yang tidak berkenaan.

You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time – Abraham Lincoln

Kredit gambar : http://cikguayu.my

Kategori