• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Mulakan Lawatan Kerja Ke Jepun

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja tiga hari yang padat ke ibu negara Jepun, lawatan pertamanya ke luar negara selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang ketujuh, bulan lepas.

Aturcara lawatan Dr. Mahathir ke Jepun mengandungi senarai panjang acara, mesyuarat dan temu bual media, bermula dengan majlis makan malam bersama komuniti rakyat Malaysia di negara ini.

Pesawat yang membawa pemimpin Malaysia yang berkarisma itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira 4.55 petang Ahad. Malaysia satu jam di belakang Jepun.

Dr. Mahathir, yang berada di sini khusus untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24 mulai hari ini hingga 12 Jun, diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan para pegawai Kementerian Luar.

Turut menyambut ketibaannya di lapangan terbang ialah Naib Menteri Parlimen bagi Hal Ehwal Luar Jepun, Iwao Horii; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa dan juga Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Pada Persidangan Nikkei, ucapan Dr. Mahathir akan berkisar di sekitar tema persidangan ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability‘.

Satu lagi acara utama lawatan Dr. Mahathir adalah bertemu dengan rakan sejawatannya Shinzo Abe, dan juga menghadiri beberapa siri perbincangan dengan pemimpin perniagaan Jepun dan wakil industri perbankan.

Beliau juga dijangka menyampaikan ucapan berhubung tema persidangan, Hubungan Malaysia-Jepun di bawah Pentadbiran Baharu Tun Dr. Mahathir pada satu majlis di House of Councillors.

Juga menarik perhatian adalah interaksi perdana menteri dengan media Jepun pada majlis dialog di Japan National Press Club.

Dr. Mahathir akan berlepas pulang ke tanah air pada Selasa. – BERNAMA

Tags: jepunTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd