• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. M Anggap Khairy Calon Terbaik Terajui UMNO

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Saya rasa Khairy calon terbaik… (jawatan) Presiden UMNO ialah Khairy Jamaluddin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan pimpinan pakatan itu.

Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, UMNO mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu BakarMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

03/07/2026
0

PONTIAN - Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd